Tuesday 7 May 2013

Aktiviti 4 : Refleksi Membina Blog

Refleksi Pembinaan Blog Saya

Alhamdulillah,  bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat juga saya menyiapkan sebuah blog hasil usaha saya sendiri walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan dengan tugas seharian.
      Pada mulanya, saya begitu tertekan, runsing dan tercabar apabila menerima tugasan bagi subjek BMM3105 ini di mana saya perlu menyediakan sebuah blog.  Perasaan sebegini rupa timbul dalam diri saya kerana kecetekan ilmu saya dalam hal-hal membina blog.
           Semasa di peringkat awal, saya tidak dapat membina tapak blog kerana alamat emel saya yang sedia ada tidak sesuai.  Jadi, saya terpaksa mencari alamat emel yang baru iaitu dari "ymail"  kepada  "gmail".  Namun demikian, cabaran  dan  kesukaran  yang dihadapi tidak sedikit pun mematahkan semangat saya untuk terus mencuba.
          Langkah pertama saya bermula dengan menanyakan  rakan-rakan sekuliah dan mencari nota-nota yang berkaitan dengan pembinaan blog melalui laman sesawang di samping tunjuk ajar daripada pensyarah BMM3105.  Saya cuba membina blog sendiri dengan ilmu-ilmu yang diperolehi, namun saya masih tidak mahir untuk meneroka pengisian blog dan hampir-hampir berputus asa.
      Mujurlah, hati saya masih cekal untuk mencuba walaupun saya sudah ketinggalan jauh ke belakang berbanding dengan rakan-rakan sekuliah yang lain. Akhirnya, dapat juga saya menyiapkan blog saya dengan pengisian-pengisian yang dikehendaki walaupun tidak sehebat dan seindah blog rakan-rakan yang lain.
      Sesungguhnya, saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan blog ini atas hasil usaha saya sendiri.  Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan yang telah banyak membantu saya dalam pembinaan blog terutamanya pensyarah BMM3105.  Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah terhasilnya blog ini.
             Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hambanya saling bantu-membantu dan bekerjasama di muka bumi ini. Amin...         



No comments:

Post a Comment