Friday 3 May 2013

Aktiviti 3 : Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

1.  Konsep Etika

a)  Etika Komputer
~   Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
~   Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah satu isu atau dilema yang membabitkan etika.
~  Penggunaan komputer dalam era maklumat.

b)  Masalah Moral dan Etika

i.  Penggertak (Cracker)
~  Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
~  Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan 
 perisian yang dibangunkan oleh orang lain untuk tujuan kemusnahan.

ii.  Penyalahgunaan internet
~  Konsep 'langit terbuka' yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna internet terutamanya di kalangan remaja.

iii. Virus
~  Sebarkan virus yang akan merosakkan sistem, data, perisian, dan melumpuhkan rangkaian komputer.

iv.  Hakcipta terpelihara
~   Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah dari segi undang-undang hakcipta.  Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

v.  Perisian cetak rompak
~  Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.

2.  Prinsip Etika Komputer

a)  Keseimbangan
~   Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat.
~   Mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.

b)  Keizinan termaklum
~   Mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi .  Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.

C)  Keadilan
~    Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil.  Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih.
~   Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.

d)  Meminimumkan risiko
~ Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risiko.

3.  Panduan kepada Pengguna Komputer adalah seperti berikut:
          
i.    Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii.   Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii.  Tidak menceroboh masuk fail komputer orang lain.
iv.  Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
v.   Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi.  Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli dengan sah.
vii. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii.Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
x.   Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunka.
xi.  Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

Sumber  :  http://junaidahkualakangsar.blogspot.com/2011/09/aplikasi-garis-panduan-dan-etika-html

    

   

No comments:

Post a Comment