Monday 6 May 2013

Aktiviti 7 : Pelan Pembangunan Pendidikan

2 posting  yang  membicarakan  tentang  Pelan  Pembangunan  Pendidikan

1.   Tajuk     :  Pelan Pembangunan  Pendidikan  
                       2013-2025
      Sumber :  Kementerian Pelajaran Malaysia
      URL       :  http://www.1 Malaysia.com.my/blog/national-education-blueprint-2013-2025.htm


Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan bukan sahaja merupakan satu elemen yang sangat penting dalam pembangunan peribadi seseorang insan, malah ia juga merupakan penyumbang utama dalam pembangunan modal sosial dan ekonomi sesebuah negara. Ia menggalakkan kreativiti dan memupuk inovasi, menyediakan para belia kita dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran buruh moden dan merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Sedang Kerajaan mengatur langkah-langkahnya di bawah Model Ekonomi Baru, ETP dan GTP, kita juga mesti memastikan bahawa sistem pendidikan kita akan terus maju seiring bersama.

Adalah sebab dedikasi dan kesungguhan ribuan guru, pengetua, pentadbir, dan pegawai, dan juga kepada kakitangan di Kementerian Pendidikan, sistem pendidikan kita telah menjadi batu hampar bagi pembangunan kita.

Namun dalam usaha untuk memenuhi aspirasi kita yang tinggi dalam persekitaran global yang semakin kompetitif, kita tidak boleh hanya berdiam diri. Negara kita memerlukan transformasi dalam keseluruhan sistem pendidikannya, dan perlu meningkatkan pencapaian semua pelajar. Perubahan yang dimaksudkan bukanlah hanya sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, tetapi sekarang ini kita perlu juga memahami dan meningkatkan dinamik proses pengajaran dan pembelajaran.

Itulah sebabnya hari ini kita telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Rangka tindakan ini menyediakan satu pelan komprehensif bagi satu transformasi yang pesat dan mampan dalam sistem pendidikan kita sehingga tahun 2025. Dari bagaimana kita mendekati pembelajaran pelajar-pelajar, cara kita mengambil, melatih dan memberi ganjaran kepada guru-guru dan pengetua kita, sehinggalah kepada bagaimana Kementerian Pendidikan itu sendiri beroperasi – ianya membentangkan satu proses bagi perubahan itu.

Sasaran ini adalah tinggi, namun ianya boleh dicapai. Antaranya termasuklah memastikan pendaftaran sejagat dari peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat pendidikan menengah atas dalam tempoh 10 tahun; mengurangkan sebanyak separuh jurang pencapaian antara golongan kaya dan miskin, bandar dan luar bandar, dan antara negeri-negeri yang membentuk Malaysia dalam tempoh 8 tahun; meningkat naik daripada negara yang tergolong dalam kumpulan pertiga terbawah ke pertiga teratas bagi penilaian- penilaian antarabangsa seperti PISA dan TIMSS dalam tempoh 15 tahun; dan membina satu sistem pendidikan yang mendidik anak-anak kita untuk menghargai identiti unik kita sebagai rakyat Malaysia. Setiap usaha mestilah tertumpu ke arah meningkatkan pencapaian pelajar.

Transformasi sistem pendidikan bukannya satu usaha yang mudah dan kemungkinan besar kita akan menghadapi beberapa cabaran. Namun, yakinlah bahawa bukan sahaja Kerajaan dan Kementerian Pendidikan yang komited untuk mencapai matlamat ini, malah saya juga secara peribadi memegang teguh komitmen ini. Dari ibu bapa kepada masyarakat tempatan dan sektor swasta, kita semua mempunyai peranan dan kepentingan peribadi dalam memastikan sistem pendidikan kita diperbaiki.
Oleh itu, Insyaallah, marilah kita bersama-sama sebagai satu negara melalui perjalanan yang menarik, mencabar dan yang paling penting, perlu kita lakukan.

 

2. Tajuk      :  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia                          2013-2025 dibentang ke Kabinet pada
                      Januari
     Sumber  :  Bernama   
    URL  :   http://pendidikguru.org/portal-pm0/index.php?=com-content&=articles&id=76; pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025-dibentang-ke-kabinet-pada-januari 



PUTRAJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan dibentang kepada Kabinet Januari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelan yang lengkap kemudiannya akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapat restu peringkat tertinggi itu, bagi pelaksanaannya tahun depan.

"Pelan yang kini berada di peringkat akhir setelah menerima laporan dan pandangan daripada pelbagai pihak, sudah diterima supaya ianya dapat dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Kita sudah banyak membua
t perbincangan. Saya fikir tidak ada satu pihak yang terkecuali."
"Jadi langkah ini agak komprehensif dan lengkap dan sudah disediakan. Malahan kita tambah baik lagi kalau ada kekurangan kita lihat dalam tempoh dua tiga bulan lepas," katanya pada sidang akhbar selepas majlis interaksi bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik Muda di sini, pada Jumaat.
September lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.

Antara yang digariskan adalah menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa, memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni dan menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan.

Mengenai bantahan pihak tertentu termasuk Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Muhyiddin berkata kementerian tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

"(Tetapi) kita sudah ambil kira semua. Malah pandangan Dong Zong pun sebahagiannya sudah diambil kira tentang status sekolah Cina, bantuan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

"Bukan tujuan kita sediakan blue print untuk puaskan Dong Zong, tetapi yang penting memuaskan rakyat," katanya.



     

No comments:

Post a Comment