Wednesday 1 May 2013

Aktiviti 1 : Artikel tentang tip guna enjin carian


Pengisian Blog BMM3105(PPG)
Pelaksanaan Aktiviti BMM3105 - BM2(PPG Amb.FEB. 2012)

Tajuk       :  Tip guna enjin carian
Sumber    :  Utusan Malaysia
 URL  :  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp/y=2011&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_0.1htm

i)  Kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di internet ialah :

1.  Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.  Apabila sesuatu carian dibuat , enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, bagi mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik. 

2.  Penggunaan tanda (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan.

3.  Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.

4.  Penggunaan huruf besar dan huruf kecil.  Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata. Oleh itu, tidak perlu membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan tersebut adalah sama dalam carian enjin.
*Perpaduan       * perpaduan        *PERPADUAN       nPerpaduan         nperpaduan

5.  Tidak mengunakan perkataan kebiasaan  dan tanda seruan.  Ini kerana kebanakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Penggunaan tanda seruan juga akan diabaikan.  Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata ("  ").

6.  Penggunaan Auto Complete dalam enjin carian.  Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada  kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senarai pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi Auto Complete dalam enjin carian.  Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian.  Fungsi Auto Complete ini bukan sahaja berada  dalam enjin carian seperti google  tetapi ada pada pelayar web atau browser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

7.  Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan kata asas seperti ball, test, walk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian. Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.

8.  Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain. Kadangkala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk mendapatkan maklumat.  Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu. Oleh itu, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini. Bagi memudahkan lagi carian, kita perlu mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari dengan pelayar web tersebut.

9.  Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu , masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain. Antaranya adalah seperti berikut :
nPenggunaan carian enjin yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat kepada rakan taulan.

10.  Perincikan carian maklumat yang dibuat.  Terdapat beberapa sumber yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian.  Ia dapat  mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai.  Di antaranya adalah seperti berikut :

nTanda tambah (+) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya.  Sekiranya  kita perlu masukkan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini di permulaan perkataan tersebut seperti giant + city.  Jadi carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan tersebut termasuk perkataan and.

nTanda aliran (~) - Dengan penambahan tanda ini di depan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mempunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain.

nTanda asterik (*) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar*.  Namun begitu, ia tidak boleh digunakan untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan lain.

nTanda (OR) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan carian yang sesuai.  Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.

nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut.  Sebagai contoh, Windows Server 2005..2008, iPadRM100RM200 dan lain-lain.

nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.

nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara. Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.  Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel di sebelah tepinya.

Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting.  Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.  Segala maklumat tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin
carian.

ii)  Empat Pautan Lain Berkaitan Cara Guna Enjin Carian
 



    

No comments:

Post a Comment